Saturday, April 16, 2011

Setahun Pemergian Vokalis Spin


terasa cepat masa berlalu pergi. sedar tak sedar dah setahun arwah Achik pergi menghadap Ilahi. yang pergi biarkan ia pergi. kita yang masih bernyawa perlu meneruskan kehidupan ini. life must go on. AlFatihah~

note comes from abg AieSpin~please read :) 

Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan,peminat-peminat Spin atau lebih dikenali sebagai SPINIANS..Spt yang kita semua telah ketahui 17hb April 2010 merupakan satu tarikh yang akan terus diingati kerana pada tarikh tersebut lah penyanyi kesayangan kita semua iaiti Arwah Abdillah Murad ataupon popular dgn panggilan Achik Spin telah meninggalkan kita dan alam ini buat selama-lamanya.Esok genaplah setahun tarikh itu berlalu pergi dan terasa masa amat begitu pantas berjalan.


Dalam masa setahun selepas pemergian arwah,pelbagai ragam peminat,pelbagai kerenah pelbagai perkara telah berlaku dalam kehidupan saya,SPIN dan juga peminat semua. Dalam masa setahun ini telah terbukti yang peminat-peminat arwah masih menyokong lagu2 dan masih menyanyangi arwah walaupon dia telah pergi jauh.Lagu-lagunya sama ada secara duet atau bersama Spin tetap diingati oleh ribuan peminat.Mungkin takdir sudah tertulis inilah sebahagian drpd rezki arwah kerana pada masa yang sama peminat2 inilah yg sentiasa sedekahkan Al-Fatihah kpd arwah..Dalam masa setahun ini juga ribuan peminat-peminat Spin telah berkenalan dengan aie dan juga sesama mereka melalui Facebbok aie dan secara x langsung telah berjaya mengeratkan sillaturrahim kita sesama Islam dan di sini juga akhirnya tertubuh satu group yg dipanggil SPINIANS...I still remember time tu wall aie sgt meriah sebab blh katakan everyday org akan comment berkenalan sesama sendiri kat wall tu.Secara peribadi,aie akui kehidupan aie ada sedikit berubah pada masa itu kerana baru aie tahu aie serta SPIN masih dikenali oleh segelintir peminat2 dan tetap disayangi oleh mereka2 ini walaupon ada yg mengutuk kami tidak popular,hati orang aie tau tak semua sukakan kita tapi sekurangnya aie ttp ada org kenal dr mrk2 yg hanya tau mengutuk itu.Tapi sama spt zaman2 kegemilangan Spin,semua tu hanya tinggal kenangan.Yang penting korang terus contact n x putus hubungan.


Dalam masa setahun lepas pemergian arwah achik,selama itulah juga kami kumpulan SPIN terus menyepikan diri dan tidak mempunyai sebarang album baru melainkan album kompilasi Kenangan Abadi Achik Spin..Masing2 terlalu sibuk dengan kerja dan hal peribadi serta terus terang kami tidak jumpa lagi dengan penyanyi yang betul2 layak untuk diletakkan sebagai pelontar suara SPIN.Kami tidak mahu main tangkap muat kerana ia bakal mendatangkan byk kesan pada kami dan tidak mahu menghancurkan harapan peminat semua,Bukan tidak ada orang2 yg offerkan diri nak join SPIN,mcm2 kerenah kami lihat,ada yang ke laut,ada yg sumbang mambang,ada yg beria2 claim diri diaorg suara spt arwah achik walhal bila dgr byk kali pon langsung tak serupa,ada yg sedap tp x bersesuaian dan yang paling kami tidak boleh terima nak join SPIN demi kepentingan diri sendiri just utk menumpang nama band utk naikkan diri sendiri.Tolonglah,arwah achik susah payah naikkan nama band ni dan bukan semudah itu kami nak berikan anda utk join kami.Mungkin agak kasar ayat itu tetapi itulah hakikat sebenar sebab kami tidak mahu membuat kesilapan merosakkan terus nama band ini. Itulah serba sedikit luahan hati dr aie setahun selepas pemergian sahabat saya dan juga penyanyi saya Arwah Achik Spin..


Kpd semua peminat-peminat SPIN,terima kasih banyak2 aie ucapkan atas sokongan anda semua pada arwah sepanjang hayatnya serta masih menyokong SPIN.Jikalau ditakdirkan satu hari nanti kami akan kembali dengan penyanyi baru serta semangat yang baru aie harap sokongan korang semua tak berbelah bahagi dan tidak membandingkan dengan arwah dan juga jikalau ditakdirkan SPIN ini bakal tinggal nama sahaja,terima kasih lagi sekali aie ucapkan kpd korang yg x jemu2 support kami dr awal lagi n hopefully lagu2 yg tinggal tu akan menjadi kenangan yg berharga dlm kehidupan anda.Akhir sekali,sama-samalah kita terus dan sentiasa sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan arwah diampunkan segala dosa-dosanya serta roh arwah dicucuri rahmat,tenang,aman damai di alam sana. Al-Fatihah utk Arwah Abdillah Murad@Achik Spin. 


-AIE SPIN-


8 comments:

Nur Aainaa Khairunnisa said...

alfatihah untuk arwah achik...semoga sentiasa tenang di sana...amin....love SPIN n SPINIANS...♥

admin spinians said...

thanks Aainaa aka admin kedua blog ini~♥

Hasnul Yakin said...

Alfatihah..

admin spinians said...

Hasnul Yakin : thanks. Amin :)

lurvlyn_bmy80 said...

as'salam semua....klu bole tknk dikenang namun tiba saja bln april mmg benda ni terimbas kembali...windu sgt dgn arwah...tk sangka cpat btol masa berlalu...genap suah sethn permergian dia....sesmbil type ni..sesmbil dgr lagu kau pergi jua....sesambil tu jua air mata menitis terkenangkan arwah....al-fatihah tuk arwah abdillah murad bin muhd.shari...smuga allah mencucuri rohnyer dan tmptkn berliau dikalagan org2 yg terbaik disisi allah swt...amin

eKiN-234 said...

Al-fatihah buat Arwah Achik spin,sm0ga r0h nya dcucuri rahmat. .dan arwah dtmptkn org2 yg beriman. .Amin Amin ya rab. .i always love SPIN <3 !! =)

Syed Raffi said...

Al fatihah buat arwah semoga arwah dicucuri rahmat dari yg maha esa..dan terletak dalam golongan2 yg mulia..amin..ikhlas dari Ayahanda Asra

Syed Raffi said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment